Followers

Saturday, December 3, 2011

tragedi 2/12/2011

tak terucap dek kata untuk menceritakan segalanya terperinci. mungkin ada yang ter 'miss' dari penceritaan ini. walau apa pun, ianya akan di pahat sebagai pengajaran dan pedoman untuk aku.

(2/12/2011)

dipagi hari.. ...~

banyak masa telah di luangkan di hadapan kaca skrin laptop. tidak tahu untuk berbuat apa lagi di rumah sewa yang tidak berpenghuni. segala aktiviti harian telah di lakukan. mengemas,menyapu,membasuh dan yang lain. saat seketika, terasa diri seperti 'bibik' pula. cuma yang membezakan, tiada gaji yang dijanjikan sebagai upah. ..

plan ditunda. ..~

memang aku dah plan nak keluar petang untuk beli tiket. tapi petang semalam kan hujan lebat dan berpanjangan sampai ke malam. aku ingatkan hujan akan berhenti tapi sangkaan aku melesit. makanya, aku terpaksa juga meredah hujan semata-mata untuk mendapatkan tiket ke terengganu.

dipendekkan cerita, aku telah pun membeli tiket ke terengganu. hujan masih lagi lebat. ah, malasnya nak meredah hujan. dah la selesema dan pening-pening. bermonolog "bila la nk baik kalau kena hujan" . tiba-tiba dapat mesej dari kawan alam maya. "jom jumpa" .. setelah berfikir panjang, keputusan dicapai. jumpa je la. ini adalah first time aku berjumpa dengannya. turun di salak selatan. sudah bertemu. dibawa ke suatu tempat yang tak pernah aku jejak sebelum ini. alamak. kenapa ramai sangat kawan-kawan "sebegitu" . aku jadi kaku. perasaan risau mula terbit dalam hati. masa diwaktu itu bagaikan terhenti untuk melambatkan perpisahan aku dengan "mereka" . senyap tanpa bicara menonjolkan 'kekekokkan" aku berada disamping mereka. apa lagi reaksi yang patut aku pamerkan selain reaksi "kekok"?..ditambah pula dengan bahasa "i" "you" .. arghhh.. kekoknya jelas .. itu bukan lah bahasa gelaran yang aku sukakan dan aku memang membenci mengunakan "i" "you".

penyelamat yang tidak dirancang..~

bermonolog. "tak boleh jadi ni, aku kene cari seseorang" . tangan ligat menaip di hp. "sapa yang aku nak mesej" . "mesej S" je la. soalan yang ditanya " salam. buat apa tu? S kat mana" . balas. "walaikmslm. otw nak g minum" . soalan yang seterusnya adalah soalan untuk meminta pertolongan dan akhir sekali, panggilan telah dibuat oleh aku. aku, "S, leh minx tolong x. bla bla bla. .. zul rasa xselesa la lepak dengan golongan "itu". S, "kat mana ni?. kalau dekat leh la S tolong" . aku "tak tahu, xpe nanti zul tye member" . "ok. nanti bgitahu" ...

syukur. rupanya S ada kat tempat yang sama. walaupun aku xpernah jumpa S tapi sekurang2nya aku dapat lari dari "golongan" tersebut. aku yakin, bahawa S tak macam dorang. satu alasan telah diberi dan akhirnya aku selamat dengan S. syukur. ini adalah pertemuan pertama kali.  pertemuan dengan S sedikit sebanyak mengembirakan kami dan menjadi lebih rapat. jujurnya, tak terniat langsung nak berjumpa tetapi disebabkan situasi yang aku hadapi itu membuatkan aku terpaksa meminta tolong kepada S.

sebenarnya cerita ni panjang sebab smpai jam 5.oo pagi duk lepak dengan S n de geng. .. kami g karaoke la, lepak kat taman "tut" la.. haaa.. yang taman "tut" ni pon first time aku sampai. aku dah gtaw kat S, aku tak berapa suka dengan tempat2 macam ni dan dia faham. lepas ni, NO blindate, NO taman2. nak jumpa, bawak lepak kat warung or g mall je . aku selesa, dan korang pon selesa. huhu..

*thank S, nanti dah balik ganu kita g lepak lagi. insyaAllah ada duit, nak suh S temankan g beli barang sikit*

cerita tamat (5/12/2011)



No comments: