Followers

Tuesday, January 24, 2012

cinta tak memiliki.


assalamualaikum.. selamat petang. 24/1.. baru balik dari low yat.. aku tahu, dia berjalan2 dengan kawan2 dia.. makanya, aku perlu cari sedikit kegembiraan di luar. otak dah tak fikir apa.. hanya ingin melalak sampai tak ada suara. aku taknak ingat pasal semalam dan yang lepas. .. sesaat seketika, hati aku rasa seronok walaupun aku keluar seorang diri. melihat gelagat orang lain yang berpusu-pusu menuju ke destinasi masing2. aku?.. hanya ingin ke red box kat low yat..

dari jam 11.00 pagi- 3.00 petang.. puasnya dapat melepaskan geram.. macam-macam lagu aku nyayi.. dari lagu yang aku suka sampai la lagu yang aku benci.. biarlah.. hati ni perlukan sedikit hiburan. bukan aku buat benda yang bukan-bukan pon..

selesai menyanyi. aku terus menuju masuk ke sungai wang .. niat hati nak mencari topi. tapi tak jumpa.. ingat lagi ayat si epal hijau.. "bukak la topi tu.. zul tak elok pakai topi.. " .. sekarang dah tak kesah. .. bukan ada lagi teguran sebegitu.. elok ke tak elok ke.. aku dah tak kesah.. rambut yang pendek ni patut di tutup sehingga panjang...

sampai rumah.. terus on laptop.. aku tak nak kebosanan.. sebab bila aku tak buat apa-apa, otak aku mesti akan teringat kat epal hijau.. apakah dugaan ini.. situasi yang aku cuba elakkan dulu telah kembali.. yang teruknya, lebih parah lagi.. tekanan betul la....;(

bosannya, nak tidur...

baru nak lelap.. mesej masuk.. ya Allah.. dugaan lagi.. dia mesej.. dalam hati, rasa gembira.. tapi aku patut buang gembira ni jauh2.. sebab aku akan teruk terluka.. dia kat sunway sekrang ni.. berjalan2 dengan kawan-kawannya.. aku dapat bayangkan gelak ketawa mereka dan gurau senda mereka.. seronoknya.. tapi... aku dah tak mampu nak bertahan lagi .. sayang ini telah menjadi halangan aku dengannya..

dia nak jumpa nanti.. aku terus tolak.. kejam kah?.. aku tak tahu nak buat apa.. kalau aku terima, aku takut aku tak dapat nak kawal diri dan tak mampu nak biarkan dia pergi ... arghh,, dugaan dugaan.. mesti dia terasa.. "epal hijau, maafkan zul.. zul sayangkan epal hijau. tapi zul bertepuk sebelah tangan.. zul tahu.. antara kita ada pemisah iaitu dia... zul tak terniat nak tolak dari berjumpa dengan epal hijau tapi kita xpatut jumpa lagi.. nanti, 2-2 sakit .."

kuatkah aku menghadapinya?.. hanya pada ALLAH aku berlindung... menitis air mata..Y_Y

2 comments:

nazaluvaholic said...

sabar k zul... aku pun baru je clash pagi td..now rasa down sgt..ntahla... hidup ni kadang2 lebey happy tanpa cinta... :(

me said...

ntah la.. ssh nk ckp... aku sayang dia.. dia sayang aku.. tapi... da la... serabut otak aku.. rasa nak terjun bangunan je skunk ni..!