Followers

Monday, May 7, 2012

SLIM DIET 2 @ SDII

( abg sham.. upline saya yang terbaik)

salam selamat pagi semua.. fuhhh fuhhhhh.. sudah berhabuk la BLOG ni.. lama sangat tak update entry.. selalu aku bukak dan tengok blog orang lain je.. hehehe... actually, i have one story and i really excited to share with you guys.. BERSEPAH AKU SEPIKING LONODONNN NI.. HAHAHA

kamu semua pernah dengar SLIM DIET 2 x?.. atau dikenali ramai dengan SDII?.. alaaa... produk supplement untuk kurus tu?.. haaa.. bagus2.. sebenarnya, aku dah lama join biz ni.. dah 2 bulan (LAMA LA 2) .. aku punya level adalah supervisor ..

korang nak tahu, SUSU SDII ni memang elok dan berkesan. kebanyakkan orang yang ambil susu ni semua berpuas hati dengan produk ni.. produk ni adalah produk dari new image company ... mendapat sijil halal dri jakim.. diperbuat dari extract soya yang terpilih dan susu awalan lembu.. SUSU AWALAN LEMBU tu apa?.. susu awalan lembu tu ialah susu bagi seekor lembu betina yang baru melahirkan ank dalam tempoh 72jam.. haaa.. time tu, susu ni akan diperah dan dijadikan sebgai produk SDII dan yang lain...kandungan dalam susu ni penuh dengan vitamin A-E, kalsium D, pantotenik, asid folik,niasin,kalsium,lodin,zat besi,magnesium dan zink.. susu ni akan membekalkan tenaga yang cukup untuk badan.. so, kalau korang minum susu ni, korang xkan rasa letih dan lesu..lagipun kandungan mineral dalam susu ni adalah yang terbaik bagi memastikan kulit yang kendur selepas kurus akan fix dengan bentuk badan terkini..

okey, nak cerita panjang2 pun tak guna kan.. lebih baik korang tengok testimoni yang dah berjaya setelah minum SDII ni dan ada segelintir dari mereka telah menjadi pengedar yang berjaya ...:)

sebarang pertanyaan boleh lah hubungi saya di 017-6858711 (ZUL)












Tuesday, January 24, 2012

cinta tak memiliki.


assalamualaikum.. selamat petang. 24/1.. baru balik dari low yat.. aku tahu, dia berjalan2 dengan kawan2 dia.. makanya, aku perlu cari sedikit kegembiraan di luar. otak dah tak fikir apa.. hanya ingin melalak sampai tak ada suara. aku taknak ingat pasal semalam dan yang lepas. .. sesaat seketika, hati aku rasa seronok walaupun aku keluar seorang diri. melihat gelagat orang lain yang berpusu-pusu menuju ke destinasi masing2. aku?.. hanya ingin ke red box kat low yat..

dari jam 11.00 pagi- 3.00 petang.. puasnya dapat melepaskan geram.. macam-macam lagu aku nyayi.. dari lagu yang aku suka sampai la lagu yang aku benci.. biarlah.. hati ni perlukan sedikit hiburan. bukan aku buat benda yang bukan-bukan pon..

selesai menyanyi. aku terus menuju masuk ke sungai wang .. niat hati nak mencari topi. tapi tak jumpa.. ingat lagi ayat si epal hijau.. "bukak la topi tu.. zul tak elok pakai topi.. " .. sekarang dah tak kesah. .. bukan ada lagi teguran sebegitu.. elok ke tak elok ke.. aku dah tak kesah.. rambut yang pendek ni patut di tutup sehingga panjang...

sampai rumah.. terus on laptop.. aku tak nak kebosanan.. sebab bila aku tak buat apa-apa, otak aku mesti akan teringat kat epal hijau.. apakah dugaan ini.. situasi yang aku cuba elakkan dulu telah kembali.. yang teruknya, lebih parah lagi.. tekanan betul la....;(

bosannya, nak tidur...

baru nak lelap.. mesej masuk.. ya Allah.. dugaan lagi.. dia mesej.. dalam hati, rasa gembira.. tapi aku patut buang gembira ni jauh2.. sebab aku akan teruk terluka.. dia kat sunway sekrang ni.. berjalan2 dengan kawan-kawannya.. aku dapat bayangkan gelak ketawa mereka dan gurau senda mereka.. seronoknya.. tapi... aku dah tak mampu nak bertahan lagi .. sayang ini telah menjadi halangan aku dengannya..

dia nak jumpa nanti.. aku terus tolak.. kejam kah?.. aku tak tahu nak buat apa.. kalau aku terima, aku takut aku tak dapat nak kawal diri dan tak mampu nak biarkan dia pergi ... arghh,, dugaan dugaan.. mesti dia terasa.. "epal hijau, maafkan zul.. zul sayangkan epal hijau. tapi zul bertepuk sebelah tangan.. zul tahu.. antara kita ada pemisah iaitu dia... zul tak terniat nak tolak dari berjumpa dengan epal hijau tapi kita xpatut jumpa lagi.. nanti, 2-2 sakit .."

kuatkah aku menghadapinya?.. hanya pada ALLAH aku berlindung... menitis air mata..Y_Y

Saturday, December 10, 2011

cerita semalam

assalamualaikum .. petang yang digin . seharian mendung . .. cuaca seperti ini menyebabkan aku tidur tak ingat dunia ditambah pula dengan kebosanan tak tahu nak buat apa. ..

semalam seorang sahabat dari setiu, terengganu datang menjemput aku. kami keluar berjalan-jalan. .. jam 11.30 tengahari kami keluar . .. sebelum solat jumaat, dia bawak aku pergi makan nasi minyak kat bandar kuala terengganu. ya ALLAH. sungguh. nasi minyak dia memang sedap. .. nasi dia seakan-akan nasi arab damsyik tapi lain sedikit (iya lahkan. nama pon nasi minyak, bukan nasi arab damsyik) . .. terasa malu bila teringat peristiwa di situ. .. abg kamal "zul, nak lauk apa?.. nak ayam goreng ke nak ayam yg di masak dalam nasi minyak tu?.." .. sebenarnya aku tak berapa nak dengar. so, aku cakap je la nak ayam goreng. .. abg kamal ni dah tersenyum sendiri. lepas dia dengar jawapan aku, dia terus suruh akak tu bukak dulu kawah nasi . .. sedikit terkejut sebenarnya kerana ayam itu di masak sekali bersama-sama dengan nasi minyak. .. bila aku tengok, terus aku tukar .. "nak ayam yang ni la" ..

lepas habis makan, bro kamal bawak aku ke pantai batu buruk. wow..! canti, lebar n sesuai nak lepak2. best kot.. dan aktiviti seterusnya hanya lah round bandar kuala terengganu.. next week dia nk bawak ke pantai belakang airport kuala terengganu lak.. hope dapat pergi la.. hehe

Saturday, December 3, 2011

tragedi 2/12/2011

tak terucap dek kata untuk menceritakan segalanya terperinci. mungkin ada yang ter 'miss' dari penceritaan ini. walau apa pun, ianya akan di pahat sebagai pengajaran dan pedoman untuk aku.

(2/12/2011)

dipagi hari.. ...~

banyak masa telah di luangkan di hadapan kaca skrin laptop. tidak tahu untuk berbuat apa lagi di rumah sewa yang tidak berpenghuni. segala aktiviti harian telah di lakukan. mengemas,menyapu,membasuh dan yang lain. saat seketika, terasa diri seperti 'bibik' pula. cuma yang membezakan, tiada gaji yang dijanjikan sebagai upah. ..

plan ditunda. ..~

memang aku dah plan nak keluar petang untuk beli tiket. tapi petang semalam kan hujan lebat dan berpanjangan sampai ke malam. aku ingatkan hujan akan berhenti tapi sangkaan aku melesit. makanya, aku terpaksa juga meredah hujan semata-mata untuk mendapatkan tiket ke terengganu.

dipendekkan cerita, aku telah pun membeli tiket ke terengganu. hujan masih lagi lebat. ah, malasnya nak meredah hujan. dah la selesema dan pening-pening. bermonolog "bila la nk baik kalau kena hujan" . tiba-tiba dapat mesej dari kawan alam maya. "jom jumpa" .. setelah berfikir panjang, keputusan dicapai. jumpa je la. ini adalah first time aku berjumpa dengannya. turun di salak selatan. sudah bertemu. dibawa ke suatu tempat yang tak pernah aku jejak sebelum ini. alamak. kenapa ramai sangat kawan-kawan "sebegitu" . aku jadi kaku. perasaan risau mula terbit dalam hati. masa diwaktu itu bagaikan terhenti untuk melambatkan perpisahan aku dengan "mereka" . senyap tanpa bicara menonjolkan 'kekekokkan" aku berada disamping mereka. apa lagi reaksi yang patut aku pamerkan selain reaksi "kekok"?..ditambah pula dengan bahasa "i" "you" .. arghhh.. kekoknya jelas .. itu bukan lah bahasa gelaran yang aku sukakan dan aku memang membenci mengunakan "i" "you".

penyelamat yang tidak dirancang..~

bermonolog. "tak boleh jadi ni, aku kene cari seseorang" . tangan ligat menaip di hp. "sapa yang aku nak mesej" . "mesej S" je la. soalan yang ditanya " salam. buat apa tu? S kat mana" . balas. "walaikmslm. otw nak g minum" . soalan yang seterusnya adalah soalan untuk meminta pertolongan dan akhir sekali, panggilan telah dibuat oleh aku. aku, "S, leh minx tolong x. bla bla bla. .. zul rasa xselesa la lepak dengan golongan "itu". S, "kat mana ni?. kalau dekat leh la S tolong" . aku "tak tahu, xpe nanti zul tye member" . "ok. nanti bgitahu" ...

syukur. rupanya S ada kat tempat yang sama. walaupun aku xpernah jumpa S tapi sekurang2nya aku dapat lari dari "golongan" tersebut. aku yakin, bahawa S tak macam dorang. satu alasan telah diberi dan akhirnya aku selamat dengan S. syukur. ini adalah pertemuan pertama kali.  pertemuan dengan S sedikit sebanyak mengembirakan kami dan menjadi lebih rapat. jujurnya, tak terniat langsung nak berjumpa tetapi disebabkan situasi yang aku hadapi itu membuatkan aku terpaksa meminta tolong kepada S.

sebenarnya cerita ni panjang sebab smpai jam 5.oo pagi duk lepak dengan S n de geng. .. kami g karaoke la, lepak kat taman "tut" la.. haaa.. yang taman "tut" ni pon first time aku sampai. aku dah gtaw kat S, aku tak berapa suka dengan tempat2 macam ni dan dia faham. lepas ni, NO blindate, NO taman2. nak jumpa, bawak lepak kat warung or g mall je . aku selesa, dan korang pon selesa. huhu..

*thank S, nanti dah balik ganu kita g lepak lagi. insyaAllah ada duit, nak suh S temankan g beli barang sikit*

cerita tamat (5/12/2011)