Followers

Saturday, December 10, 2011

cerita semalam

assalamualaikum .. petang yang digin . seharian mendung . .. cuaca seperti ini menyebabkan aku tidur tak ingat dunia ditambah pula dengan kebosanan tak tahu nak buat apa. ..

semalam seorang sahabat dari setiu, terengganu datang menjemput aku. kami keluar berjalan-jalan. .. jam 11.30 tengahari kami keluar . .. sebelum solat jumaat, dia bawak aku pergi makan nasi minyak kat bandar kuala terengganu. ya ALLAH. sungguh. nasi minyak dia memang sedap. .. nasi dia seakan-akan nasi arab damsyik tapi lain sedikit (iya lahkan. nama pon nasi minyak, bukan nasi arab damsyik) . .. terasa malu bila teringat peristiwa di situ. .. abg kamal "zul, nak lauk apa?.. nak ayam goreng ke nak ayam yg di masak dalam nasi minyak tu?.." .. sebenarnya aku tak berapa nak dengar. so, aku cakap je la nak ayam goreng. .. abg kamal ni dah tersenyum sendiri. lepas dia dengar jawapan aku, dia terus suruh akak tu bukak dulu kawah nasi . .. sedikit terkejut sebenarnya kerana ayam itu di masak sekali bersama-sama dengan nasi minyak. .. bila aku tengok, terus aku tukar .. "nak ayam yang ni la" ..

lepas habis makan, bro kamal bawak aku ke pantai batu buruk. wow..! canti, lebar n sesuai nak lepak2. best kot.. dan aktiviti seterusnya hanya lah round bandar kuala terengganu.. next week dia nk bawak ke pantai belakang airport kuala terengganu lak.. hope dapat pergi la.. hehe

No comments: